AKTIVITI KEM




Selain itu, bacaan madaih (puji-pujian) ke atas Nabi Muhammad S.A.W dan diterangkan makna madaih tersebut supaya para peserta dapat memahami isi kandungan madaih tersebut. Selain itu, kami juga turut mengadakan program kerohanian seperti tazkirah subuh, tazkirah maghrib, dan lain-lain. Tambahan   pula, pengisian yang paling penting dalam program ini ialah latih tubi dalam penulisan di mana para peserta dilatih untuk mahir dalam membuat insya’ (karangan dalam bahasa Arab).
PRACTICE MAKE PERFECT!
   Program ini bukan sekadar belajar semata-mata malah para peserta belajar sambil bergembira dalam bahasa Arab. Ini memudahkan para pelajar untuk memahami bahasa Arab dengan mudah. Antara pengisian program ini ialah muhadasah (perbualan) dalam bahasa Arab iaitu melatih pelajar mahir bertutur dan tidak sekadar menulis. 


 Selain itu, kawad dhamair adalah antara kaedah yang mudah untuk menghafal dhamair selain daripada nyanyian. Di dalam program ini, para peserta telah didedahkan tentang pengguanaan dhamir, isim isyarah, idhafah, fi’il madhi dan mudhari’ dan selainnya. Harapan kami pada program adalah para peserta dapat memantapkan diri dalam penggunaan bahasa Arab dan cinta untuk menggunakan bahasa al-Quran ini. Insya-Allah.





Minggu Bahasa Arab : Mughamarah Arabiyyah (Explorace)

lokasi dan permainan Mughamarah Arabiyyah


SYARAT PERMAINAN MUGHAMARAH ARABIYYAH

1. Setiap kumpulan diwajibkan mendaftarkan diri kepada guru bertugas sekurang-kurangnya 30 minit sebelum permainan bermula. Kumpulan yang gagal berbuat demikian dianggap gagal dan tidak akan diberi sebarang mata.
2. Jumlah bagi setiap kumpulan adalah sebanyak 8 orang. .
3. Setiap kumpulan mendengar penerangan guru dengan teliti mengenai permainan yang dijalankan.
4. Setiap kumpulan perlu melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan pada setiap Checkpoint. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kumpulan tersebut disingkirkan dari permainan ini.
5. Setiap kumpulan juga perlu menjawab soalan-soalan bagi setiap aktiviti yang dilalui. Kumpulan yang gagal berbuat demikian akan dipotong markah.
6. Kumpulan yang berjaya sampai dalam waktu yang terpantas serta dapat menjawab soalan-soalan dengan betul dianggap sebagai pemenang.
7. Keputusan hakim adalah muktamad.



PROGRAM BEDAH KAMUS



bedah-kamu-arab







KALAM JAMAEI ARABI


KUIZ
Image result for kuiz bahasa arab










PIDATO BAHASA ARAB






DIKIR BARAT VERSI ARABI




No comments:

Post a Comment