LAPORAN


MUKHAYYAM ARABIY (KEM BAHASA ARAB)

Mukhayyam Arabiy ialah kem Bahasa Arab dilaksanakan mengikut objektif dan matlamat pihak yang berminat. Jika ia dilaksanakan bertujuan untuk kecemerlangan pelajar di dalam peperiksaan, pengisiannya juga akan menjuruskan kepada matlamat tersebut.

Jika ia dilaksanakan bertujuan untuk menerapkan kemahiran dan melatih pelajar bercakap Arab, pengisiannya akan difokuskan bagi mencapai matlamat tersebut.
Pengisian: Ceramah Prospek, 2-3 Bengkel Kemahiran, Taklimat Kertas, Format dan Teknik Menjawab, Sistem Pemarkahan, Pengisian rohani, Permainan Bahasa Arab, Latihan Dalam Kumpulan & Pembentangan, Eksplorace dan seumpamanya.(pengisian bergantung kepada matlamat pihak yang berminat)
Tempoh Program: 2 hari 1 malam.

TAHBIB BAHASA ARAB
Tahbib Bahasa Arab ialah program Motivasi Bahasa Arab untuk menanam minat pelajar mempelajari Bahasa Arab dan mengubah pandangan mereka bahawa B Arab adalah susah.

Objektif Program:
1) Memberi motivasi kepada para pelajar untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Arab
2) Menyedarkan para pelajar tentang prospek dan kepentingan Bahasa Arab dalam kehidupan mereka
3) Memberi pendedahan kepada peserta yang mengambil subjek Bahasa Arab tentang teknik dan kemahiran untuk menguasai subjek tersebut.

Pengisian: Pengisian program ialah
– Ceramah Motivasi & Prospek Bahasa Arab,
– Bengkel Kemahiran Bahasa Arab iaitu Kemahiran Penguasaan Kosa Kata Bahasa Arab, Teknik Menghafal & Membuat Ayat atau Bengkel Kemahiran Membuat Ayat Bahasa Arab Berkenaan.
– Permainan Bahasa Arab.
Tempoh: Tempoh masa program ini ialah satu hari sahaja.
Program dijalankan secara santai tetapi ilmiah untuk menarik pelajar dan mengubah pandangan mereka bahawa B Arab adalah bahasa yang menjemukan dan susah.

No comments:

Post a Comment